Tapi cukup saya terangkan daie ialah 'afradul muslimin' yang lahir dari tarbiyyah,dan cuba untuk menyebarkan apa yang dia dapat dari tarbiyyah tersebut kepada manusia-manusia disekelilingnya..disamping dia sendiri mengislahkan dirinya bersandarkan konsep 'Islah nafsih,wad`u ghairih'. Mengislahkan diri sendiri dan mengajak orang lain turut sama mengislahkan diri Atau dalam kata mudah, kita perbaiki diri kita disamping itu ajak orang lain turut memperbaiki diri.
Jadi..adakah orang yang mengajak orang lain ke arah kebaikan tapi dalam masa yang sama dia tidak melakukan perkara yang sama layak digelar daie..?Satu persoalan...
apa syarat menjadi seorang daie..?Menurut seorang ustaz didalam satu usroh,ada tiga syarat dan tiga syarat ni kalau dipenuhi maka mahu tak mahu tanggungjawab sebagai seorang daie harus dipikul.
Syarat-syaratnya:Islam,Baligh dan ber`akal..
mudah bukan..?
Semestinya kita tergolong dalam golongan yang di taklifkan itukan..Persoalan seterusnya apakah kita memenuhi kriteria seorang daie..?
10 muwassafat tarbiyyah yang harus ada pada tiap-tiap peribadi daie ialah:
1. Aqidah yang sejahtera
2. Ibadah yang sahih
3. Akhlak yang mantap
4. Sihat tubuh badan
5. Luas pengetahuan
6. Mampu berdikari
7. Melawan hawa nafsu
8. Sangat menjaga masa
9. Tersusun urusannya
10. Bermanfaat kepada orang lain.
Bila fikir balik,rasa macam ada yang kurang. Masih lagi rasa di tahap yang tak memuaskan untuk letak diri ni sebagai daie islam. Bila kita nak tegur orang pun, dah hebat sangat ke kita ni? Diri kita pun masih tak betul lagi, diri kita pun masih banyak yang kurang lagi. Namun jangan risau sahabat..kita adalah daie..selagimana kita menyeru diri kita dan orang sekeliling kita kearah kemakrufan..selagimana kita berusaha memperbaiki diri kita..
...dan selagimana kita bersusah payah menempatkan diri dalam redha ALLAH,dan mengajak orang lain pada tempat yang sama..kita lah daie pewaris perjuangan RasuluLLAH s.a.w tercinta..semoga kita semua tabah dalam perjuangan..InsyaALLAH..
WALLAHUALAM...
Moga Allah dan Islam sentiasa di hati...
11 comments:
salam bro...gua setuju bro ape yg lu cakap......jika d zaman nabi tu.....ade pmpuan tua dakwah/daie di hanya lah mengucap syahada d stiap khemah para pelawat,peniaga,kabilah yang berehat....dengan mengucap2 kalimah syahada dan berkata jika ingin tahu kebenaran tentang berita muhammad maka kami pergilah berjumpa muhammad......pendek je....dakwah di...tp besar pahala/kebaikan manfaan di masa akan datang insya Allah...rid
pd sy tiada kesalahan..saudara telah menyedarkn sy tentang tggungjwb sy untuk menasihati dan memperingatkn sahabat2 sy di luar sana
klu tak keberatan..untum penambahbaikan..mohon penulis sertakan rujukan sekali untuk memudahkan pembaca mencari rujukan tersebut..
klu tak keberatan..untum penambahbaikan..mohon penulis sertakan rujukan sekali untuk memudahkan pembaca mencari rujukan tersebut..
Subhanallah. . Selama ini aku berdakwah tetapi aku tak tahu maksud daie. . Tapi alhamdulillah hati ku tergerak untuk cari makna daie
Subhanallah. . Selama ini aku berdakwah tetapi aku tak tahu maksud daie. . Tapi alhamdulillah hati ku tergerak untuk cari makna daie
Allahu rabbi, gerak hati untuk mencari apa itu da'ie, rupanya orang Islam yang nasihat-menasihati, dan ingat-mengingati adalah da'ie...Subhanallah....Alhamdulillah...Allahu Akbar!
Jom follow IG saya :) @jom_jadi_daie_di_akhir_zaman
Tahniah! Da'ie dah tulis betul ejaannya duly tulis dai..harap nanti betulkan diri dan jadi da'ie Allah pula..aamiiiin
tahi syed yg membawa saya ke sini
2013 ....9 tahun laluuu...
Post a Comment
Saya mengharapkan teguran dan komen positif jika terdapat kesalahan di dalam blog saya,terima kasih.