This is default featured slide 1 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat

This is default featured slide 2 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat

This is default featured slide 3 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat

This is default featured slide 4 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat

This is default featured slide 5 title

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation test link ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat

05 July 2012

8 PENYEBAB KITA MENDAPAT HIDAYAH ALLAH




Assalamualaikum WBT. Dengan khalimah bismillah, jom sama-sama kita kongsi apa yang akan disampaikan untuk entry kali ini. Ianya berkenaan dengan hidayah Allah. Sahabat dan para pembaca sekalian,memang sebetulnya bukan mudah untuk kita mendapatkan hidayah Allah SWT tanpa kita usaha mengejar dan mencarinya. Memang kita sedia maklum Allah berhak beri hidayah pada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya,namun kalau kita tak mencari dan usaha untuk mendapatkannya,tak mungkin semudah itu hidayah boleh datang bergolek. Maka,apakah penyebab atau perkara yang membolehkan kita mendapat hidayah Allah?.Antaranya ialah...

PERMAINAN YANG TERTERA NAMA RASULULLAH SAW

Bismillah. Dalam dunia ni macam-macam cara orang yang dengki dan tak bertanggungjawab nak porak perandakan umat islam, mencaci islam dan merendahkan islam. Apa peranan kita untuk mencegah semua ni?. Seperti yang kita sedia maklum,tegahlah ia dengan hati kalau setakat itu je kemampuan kita. Kisah kali ini membawa kita kepada perkara yang biasa berlaku,nama Nabi kesayangan kita dan kadang-kadang lebih menyedihkan nama Allah SWT diletakkan di tempat yang tak sepatutnya. Berwaspadalah sahabat semua, mereka semua memang nak menjatuhkan kita dan nak melalikan kita.

3 PERKARA YANG WAJIB DI JAUHI



Dengan nama Allah yang maha pemurah dan penyayang. As-salam para pembaca. Moga hari ini di berikan kesihatan yang baik untuk melakukan tugas seharian dan tugas kita beribadah kepada Allah SWT. Ada 3 perkara yang kita wajib jauhi berdasarkan sabda Rasulullah. Apa yang Rasulullah pesan atau katakan, kita ikut je tanpa perlu persoalkan sebab ianya juga wahyu dari Allah dan kalau kita ikut, bermakna kita cinta dan sayang Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Semua apa yang di wahyukan ada kebaikan dan hikmahnya.

Rasulullah SAW telah bersabda :

” Barang siapa yang bangun diwaktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya.

Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti dia telah marah kepada Allah SWT.

Dan Barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaannya, maka telah hilang dua pertiga agamanya. “

1001 Feqh Nasihah, m/s : 180.

Susah ke nak ikut?senang je kan?..


WALLAHUALAM...
Moga Allah dan Islam sentiasa di hati... 

GAMBAR PEMINUM KENCING SYAITAN

Assalamualaikum. Peminum arak sebenarnya ramai di Malaysia ni, cuma kita je yang tak tahu dan tak ambil tahu. Kalau kita lihat orang melayu yang Islam minum arak, nak tegur rasa macam tak kena je,jadi apa perlu buat?. Ingatlah sahabat,selemah-lemah iman, kita ucapkanlah dalam hati yang kita sangat membenci perbuatan dan terkutuk tu dan doakan lah mereka supaya berada di jalan Allah. Itu lah yang terbaik kalau kita tidak mampu nak menegah dengan perbuatan mahupun percakapan. Tidakkah kita sedar arak itu adalah ibu segala maksiat?. Sabar,sebab di dalam syurga nanti,kita dibenarkan meminum arak,yang suci lagi halal. Cuma di dunia ini Allah larang kita meminumnya,mesti ada hikmah sebaliknya. Jangan melawan dan jangan ingkar dan insyAllah redha Allah bersama kita.


Surah Al-Maaidah ayat: 91.

Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).















10 TANDA-TANDA IKHLAS


As-salam. Macam mana kita nak tahu yang kita betul-betul ikhlas?Tidak menunjuk dan bukan untuk tatapan manusia lain dan seikhlas mungkin hanya untuk mencari redha Allah SWT. Ada jawapan?. Moga segala pekerjaan dan perbuatan kita yang selama ni kita lakukan 100% ikhlas dan bukan untuk tujuan yang sebaliknya. Ini adalah "short listed" yang menunjukkan kita ni memang seorang yang ihklas dalam melaksanakan sesuatu tugas,perbuatan mahupun pekerjaan.

1- Takut kepada kemasyhuran-takut terselit syirik khafi.

2- Curiga terhadap diri sendiri-bimbang tidak mampu menunaikan kewajipan.

3- Beramal di tempat yang sunyi.

4- Tidak mencari pujian dan tidak tertipu dengannya.

5- Tidak kikir memuji mereka yang berhak dipuji. ( bukan membodek bos ).

6- Sentiasa istiqamah dalam melakukan ibadat- pangkat dan 
    pujian tidak memberi kesan dalam menunaikan ibadat.

7- Mengadakan perayaan dengan mengharap redha Allah SWT
    bukan redha manusia.

8- Suka dan benci kerana Allah SWT.

9- Sabar di atas jauhnya perjalan menuju Allah SWT.

10- Gembira dalam melakukan ibadat tanpa perasaan disaingi atau dipaksa.


Rujukan :
Energi Ikhlas- Dr Yusuf Al-Qardhawi


WALLAHUALAM...
Moga Allah dan Islam sentiasa di hati... 


ANTARA WANITA YANG TIDAK AKAN MENCIUM BAU SYURGA

Assalamualaikum, Bismillah. Kalau kita perhatikan tajuk post kali ni, tak dapat cium bau syurga, pernah tak anda fikir? Tak dapat cium bau, apatah lagi nak jejak dan masuk dalam syurga indah milik Allah tu. SubhanAllah moga kita ditempatkan dalam golongan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.Golongan wanita macam mana yang tak dapat cium bau syurga ni?. Saya akan berkongsikan beberapa jenis wanita ini. Memang bayak sebenarnya, tapi kali ini yang biasa berlaku pada kita,masa persekitaran dan disekeliling kita.


Rasulullah saw pernah bersabda :

"Dua kelompok ahli neraka yang belum saya lihat: Satu kaum bersama mereka cemeti-cemeti seperti ekor unta, mereka memukul manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, berjalan melenggok, tidak taat kepada Allah, kepala mereka seperti pundak unta yang condong. Wanita-wanita ini tidak masuk surga dan tidak pula mencium bau surga, padahal baunya surga dapat dihidu sejauh perjalanan sekian sekian". (Hadits Riwayat Imam Muslim)



Pada hari ini fenomena wanita berpakaian tetapi bertelanjang terdapat  di mana-mana. termasuklah wanita-wanita muslimah yang berpakaian tapi bertelanjang. Mereka ini adalah wanita-wanita yang mengenakan pakaian yang ketat, pakaian yang nipis dan pakaian yang terbuka, yang menampakkan anggota tubuh badan mereka. Serta apa yang mereka perbuat terhadap kepala-kepala (rambut-rambut) mereka sehingga tampak umpama  seperti pundak unta.

Terdapat banyak hadis Rasulullah yang memaklumkan peristiwa yang akan berlaku pada akhir zaman. Ini adalah mukjizat maknawi Rasulullah saw iaitu baginda dapat membuat ramalan yang tepat dengan izin dan bantuan Allah SWT.



Ingat! Ancaman yan terdapat dalam hadis ini ialah wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna tidak akan dapat mencium bau syurga, apatah lagi untuk memasukinya.

Agar tidak termasuk dalam golongan ini, tutuplah aurat mengikut cara yang telah ditetapkan oleh syariat. Iaitu menutup seluruh tubuh badan melainkan muka dan kedua tapak tangan. Pakailah tudung sehingga dapat menutupi paras dada, pakaian yang longgar dan tidak nipis serta tidak menampakkan susuk tubuh anda.


WALLAHUALAM...
Moga Allah dan Islam sentiasa di hati...

24 PERKARA MERAIH SYURGA ALLAH

As-salam. Pernahkah kita semua terfikir, dalam setiap solat kita, berapa kali kita memnita syurga Allah dan berapa kali pula kita minta dijauhkan dari neraka Allah?. Adakah semudah dengan berdoa je kita dapat masuk syurga Allah?. Tentu ada syaratkan. Ingat satu pesan saya dan saya pesan juga pada diri sendiri yang ALlah tak pernah cipta orang jahat tapi Allah cipta neraka untuk orang jahat. Terpulang pada kita untuk membuat pilihan, tepuk dada tanya iman. Di sini saya dengan rendah diri berkongsikan beberapa perkara yang insyAllah dapat meraih syurga Allah. Paling tidak pun, kita cuba mana yang mampu. Memang di akui, umat Muhammad SAW banyak terima dugaan yang berat dan mungkin disebabkan itu kita diberi keutamaan oleh Allah menjadi umat pertama yang masuk ke syurga. Tapi ingat, kita juga umat pertama yang akan dihisab kelak. Sudah cukup kah amalan kita kalau ajal datang tanpa disangka?Allahuakbar...




Moga apa yang kongsikan di sini dapat sama-sama kita renung dan amalkan,insyAllah.


1-   Menjaga solat Subuh dan Asar.
2-   Mendapat haji yang mabrur.
3-   Banyak berpuasa sunat.
4-   Solat di awal waktu dan berbakti kepada kedua ibu bapa.
5-   Menghafaz 99 nama Allah SWT.
6-   Berjihad di jalan Allah SWT.
7-   Membuang sampah yang berada ditengah jalan agar tidak 
      mengganggu laluan orang lain.
8-   Mereka yang sabar di atas kematian anak yang masih kecil.
9-   Membina masjid.
10- Redha dengan kematian suami.
11- Mereka yang memelihara anak yatim.
12- Mereka yang memiliki akhlak yang mulia.
13- Menjaga dan memelihara kemaluan dan lidah.
14- Berlemah-lembut dengan anak-anak perempuan.
15- Membaca ayat Al-Kursi selepasa solat fardhu.
16- Sentiasa dalam keadaan berwuduk dan menunaikan solat sunat 
     wuduk 2 rakaat setiap kali selepas berwuduk.
17- Sentiasa ke masjid pagi dan petang.
18- Menjauhi dosa-dosa besar.
19- Memohon Syurga daripada Allah SWT sebanyak tiga kali dan 
     memohon dilindungi daripada neraka sebanyak tiga kali.
20- Banyak membaca surah Al-Ikhlas.
21- Berdoa selepas berwuduk.
22- Berbuat baik dalam perkara yang senang dan menyelesaikan 
      perkara yang rumit.
23- Mengakhiri hidupnya dengan puasa.
24- Mengakhiri hidupnya dengan kalimah syahadah.

WALLAHUALAM...
Moga Allah dan Islam sentiasa di hati...

APA MAKSUD DAIE DAN SIAPA DAIE ?

Assalamualaikum. Rasanya mesti ramai yang tak tahu lagi maksud daie kan? Atau nak sebut dengan betul, da'ie. Rugi rasanya kalau kita yang beragama Islam ni tak tahu,tak ambil tahu,tak ingin tahu,malas nak ambil tahu apa maksud daie. Sebab antara sedar atau tidak, kita juga tergolong dalam golongan daie. Maksud daie kalau dari segi istilahnya ialah pendakwah. Ye pendakwah, jangan sempitkan pemikiran tu, asalkan kita sebut dakwah je mesti nak tuju terus kat ustaz/uztazah. Kalau kita ajak sahabat pada jalan kebaikan,itu juga antara salah satu dakwah. Betulkan saya kalau saya silap. Kita ni daie,benarkah? Atau kita yang suka-suka gelarkan diri kita daie?Layakkah kita sebagai daie?. Apa itu daie..?Saya tidak mahu terikat dengan mana-mana maksud yang ditafsirkan untuk dihafal atau sewaktu dengannya..kerana apa..??Kerana pengertian daie ini luas..seluas langit Ilahi..kalau nak tafsirkan dengan satu ayat sahaja tak padan..